
Kisah Hati
Nama saya Muhammad Harith Aqmar bin Hj Armiazizul. Saya berumur 9 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jasin dalam tahun 3 Arif.
Nama ayah saya ialah Hj Armiazizul bin Arifin. Ayah saya seorang penyelia projek yang berpengkalan di Dubai. Namun begitu, sudah 5 tahun ayah berada di Mekah Al-Mukarramah kerana menguruskan projek syarikatnya iaitu Projek Pembesaran Masjidil Haram. Setiap kali cuti sekolah, ayah akan pulang ke Malaysia untuk bertemu saya sekeluarga. Walaupun jarak memisahkan kami, ayah akan menghubungi saya dan keluarga setiap hari melalui panggilan video. Terasa seperti ayah berada bersama di sini.
Ibu saya bernama Sabariah bt Hj Pet. Ibu saya seorang guru muzik di Sekolah Kebangsaan Jasin. Ibulah yang menjaga dan menguruskan saya dan adik-adik sepanjang ketiadaan ayah. Ibu seorang yang tegas. Ibu bukan hanya mengajar di sekolah, ibu turut mengajar kami di rumah tentang realiti kehidupan dan bagaimana menghadapinya. Bukan sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat sangat dititikberatkan.
Saya mempunyai 3 orang adik-beradik. Saya merupakan anak sulong. Adik saya yang pertama bernama Muhammad Hadif Aqmar bin Hj Armiazizul. Hadif bersekolah sama sekolah dengan saya iaitu di Sekolah Kebangsaan Jasin dalam tahun 1 Arif. Manakala adik saya yang kedua bernama Nour Layla Weaam bte Hj Armiazizul. Adik Layla baru berusia 2 tahun. Adik Layla seorang yang manja dan sangat comel.
Sesungguhnya mempunyai keluarga adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Terima kasih ya ALLAH, Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang KAU berikan. Saya sayang keluarga saya

Jom kita berkenalan