Kelas Tekwando
- Harith A
- Aug 17, 2015
- 1 min read

wachaaaaaa.....
Hai kawan-kawan. Semasa berumur 7 tahun, ibu menghantar saya ke kelas mempertahankan diri iaitu Tekwando. Bermula daripada asas, memukul papan hinggalah berlawan dengan pasangan.
Kelas tekwando diketuai oleh En Arifin...bila dia memberi arahan, suaranya akan memecah kesunyian hingga ke pekan...hehe
Kelas tekwando tersebut diadakan setiap hari Ahad bermula 9.30pagi hingga 11pagi di Dewan Mutiara Sekolah Kebangsaan Jasin. Ramai kawan-kawan saya sertainya. Yuran untuk sebulan hanyalah RM20. Kad kehadiran diberikan kepada setiap ahli yang mendaftar.
Ahli juga digalakkan membeli uniform tekwando. Saya pun apa lagi, order la dengan ibu. Harga sepasang RM80. Fuhhh, boleh tahan mahalnya.....
Macam mana nak dapat tali pinggang yang berwarna warni tu...???
untuk mendapat tali pinggang baru, saya perlu menjalani ujian fizikal mengikut kelas atau tahap masing-masing. seorang master tekwando akan menilai pergerakan saya...sekiranya layak, saya akan mendapat tali pinggang yang baru. Jika sebaliknya, saya perlu melalui proses ujian lagi. Bermula dengan tali pinggang putih hinggalah paling tinggi iaitu tali pinggang hitam..
sehingga kini, saya hanyalah pemegang tali pinggang kuning...jadual saya yang padat membuatkan saya selalu terlepas kelas tekwando...saya harap saya dapat menyambung semula kelas tekwando saya hingga mendapat tali pinggang hitam... yehhhhhhh
Comments