top of page

Salam Aidiladha

  • Harith A
  • Sep 30, 2015
  • 1 min read

Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Aidiladha dirayakan pada hari kesepuluh Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Tahun ini saya menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu dan adik-adik sahaja. Ayah saya berpeluang menunaikan Haji yang sememangnya bekerja di Kota Mekah Al Mukarramah. Moga ayah mendapat Haji yang mabrur. Selamat Hari Raya Aidiladha ayah!


 
 
 

Kommentare


Meet the Ninja parents 

We are Samantha and Ray...

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Our Community 

Supermommy

King of Dads

Babyville

Krafty Kids

bottom of page