Global ArtClass
- Harith A
- Aug 19, 2015
- 1 min read
Semasa Hari jadi saya yang ke-4 tahun, ibu telah mendaftarkan saya di Global ArtClass sebagai hadiah hari jadi. Walaupun masih kecil tetapi ibu kata saya seorang yang berani....sebab saya tak menangis masa ibu tinggalkan saya untuk 2 jam kelas mewarna. Hehehe....
Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2010 ketika saya berumur 4 tahun, yuran bulanan kelas seni ini hanyalah RM55 untuk sebulan. Tetapi kini untuk tahun 2015, yuran bulanan telah meningkat kepada RM120 sebulan. Dalam sebulan terdapat 4 kali kelas yang mana setiap kelas akan berjalan selama 2 jam. Pilihan hari ditentukan sendiri oleh pelajar. Saya memilih untuk pergi hari Ahad sebelum menghadiri kelas renang....
Dalam sebulan akan ada sekali kelas kraftangan yang termasuk dalam pakej kelas. Bahan kraf akan disediakan sepenuhnya oleh pihak Global Art. Yang seronoknya, kraftangan yang saya hasilkan boleh dibawa pulang...Kini tersusun dalam almari hasil karya & kraftangan saya....




Opmerkingen