Kelas Piano & Keyboard
- Harith A
- Aug 22, 2015
- 1 min read
laa..laaa....laa...
Hai semua! Hari ini saya nak bercerita tentang kelas piano & keyboard yang saya ikuti. Sebenarnya saya tidak pergi kelas piano secara formal. Ibulah guru piano saya. Setiap hari Khamis & Jumaat, selepas tamat waktu persekolahan, saya akan ke bilik muzik. Ibu akan mengajar saya cara bermain piano. Saya berjaya mengenali skel C major dan memainkan lagu Cus Cus Cus Keretapi. Walaubagaimanapun, ibu bercadang untuk menghantar saya ke kelas piano secara formal di Yamaha Music pada masa terdekat ini bergantung pada jadual persekolahan saya. Tak sabar rasanya nak belajar lagu Ode to Joy by Beethoven
Comments